Chalet Casa Impiana Teluk Senangin

Salam alayk & halloo gang! Before ramadhan sempat lah pergi bercuti kejap lepas cuti sekolah baru baru ni. Time cuti sekolah memang tak dapat berjalan sebab ada komitmen di stall rnr 🥰 

Kali ni aisha pergi chalet casa impiana jee sebab mudah dalam perak & tak jauh pon dari rumah. Lebih kurang 2 jam dari ipoh. Ni tempat fav family aisha so malam ahad tu laju laju book untuk 3 hari 2 malam.

Ni view dari luar homestay

Before ni kami rajin masuk pangkor tapi bila anak dah ramai & kecik kecik ni leceh sikit la nak naik ferri & van nak ke pulau. So kita stay seberang sini je dekat teluk senangin. 

Dekat sini ada banyak pilihan chalet. Chalet yg aisha ambik ni homestay sebuah rumah ada 4 bilik & 2 bilik air. Ada dapur boleh masak so tinggal bawak barang barang masak je. Semua peralatan nak masak disediakan. Ada gas - dapur masak - kuali - fridge - senduk - pinggan - sudu semuaaa ada mudah sangat

Homestay ni 3 bilik dekat bahagian atas & 1 bilik dekat bawah. Ada ruang tamu dilengkapi dengan kerusi & tv. Lengkap ada kipas dinding. Memang selesa tak panas

✅ 2 bilik  double queen bed
✅ 1 bilik queen + single bed
✅ 1 bilik double single bed

So memang sesuai lah untuk family besar, stay sekali best kan? Meriah 🥰 kali ni aisha pergi dengan mak abah, family adik aisha ada 4 orang anak & adik bujang lelaki. Setiap kali pergi aisha stay bilik atas 😆 bilik yg ada 1 queen & 1 single. Dari tingkap bilik bukak je terus nampak laut masyaAllah cantik sangat view ✨

View dari bilik aisha stay

Terubat la hati member yang rindu sabah 😆 rumah mil aisha dekat sabah pon bukak tingkap terus nampak laut. So kalau nak ajak healing pergi laut memang suami aisha akan approve 200% 🤣 sebab member orang laut 😝 

Ramai yang tanya rate harga, harga Rm600/night. Bagi aisha berbaloi la sebab besar kan. Kalau pergi ramai ramai boleh lah tong tong sikit sorang 😆 Lepas tu boleh masak sendiri so jimat dah dekat sini. Kalau ada rezeki pagi pagi tu nelayan bawak naik ketam,ikan & udang fresh. Harga pon murah je



Kali ni dapat beli ketam fresh. Hidup lagi so bila masak tu masyaAllah memang maniss sangat! Sanggup tau skip protein shake deki ketam 😂 padahal aisha bawak set puasa kononnya taknak makan banyak 😂 tapi siapa je tahan tengok ketam kan haha! Kang kalau minum shake terus tak rasa nak makan so better aisha skip je 🤣

Gred A sekilo Rm35
Gred B+C sekilo Rm30


Mak aisha beli 2 kg gred A & 1 kg mix so memang banyak lah 😂 kami masak lemak, rebus kosong & buttermilk! Sumpah sedap sangat! Tp aisha still jaga kalori lah so kena lah control nasi 😆

Malam boleh bakar bakar, ada tempat bbq disediakan. Just bawak arang & dawai sendiri. Bila ramai ramai berkumpul ni moment macam ni yang best kan. Masak sama sama & makan sama sama. Meriah dengan anak anak lagi. Semua hero pulak tu.



Cara nak stay dekat sini kena booking dekat website dorang tau. Aisha share dekat sini terus so boleh la tengok chalet apa lagi yg dorang ada. Sis tak sempat lah nak ambik gambar semua kan 😂🤣 Semua urusan booking melalui website sahaja ya, dorang tak deal melalui hp


Semoga bermanfaat & menjawab semua persoalan korang. Ramai yang pm aisha tanya so aisha jawab dekat sini terus 🥰

Till next time insyaAllah 💞 assalamualaikum  




Comments

Popular posts from this blog

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal

COQ TROL PLUS SHAKLEE

Perbezaan vivix & resv shaklee